Saturday, May 12, 2012

DIDIKAN secara JUJUR dan LEMAH LEMBUT terhadap anak-anak

Seringkali, orang tua merasa bahawa sikap jujur hanyalah kewajiban anak. Ketika anak menumpahkan susu atau coklat di permaidani, kerana takut, mereka mungkin akan berkata, “Bukan saya, ibu!” Lalu, ibu bapa akan marah dan membentak, “Jangan bohong!” Namun, tanpa sedar, ibu bapa pun sering membohongi anak.

Apabila kita letih atau penat ketika si anak kecil mengajak bermain di taman, ibu bapa dengan mudah berkata, “Esok, ya sayang!” Bagaimanapun, esok, apa yang terjadi? Seringkali ibu bapa melupakan janji itu begitu saja.
Bohong adalah salah satu akibat daripada sikap pemarah orang tua. Namun, boleh jadi pula, anak suka berbohong kerana meniru ibu bapanya yang juga sering tidak jujur terhadapnya. Kerana itu, dalam artikel ini penulis akan membahas mengenai dua sifat yang harus dipegang teguh oleh ibu bapa, iaitu jujur dan lembut.

SIKAP JUJUR
Abdul Hamid Jasim Al-Bilali dalam bukunya yang berjudul Seni Mendidik Anak menyebutkan, “Penyebab kenakalan anak (termasuk di antaranya berbohong) adalah kerana contoh yang buruk.” Menurut Al-Bilali, “Seseorang anak tentu tidak mudah menerima anjuran kebaikan daripada ibu bapanya jika ternyata perbuatan orang tua mereka sendiri tidak seiring daripada apa yang diperintahkan. Anak disuruh berkata-kata secara jujur, tetapi mereka sendiri sering berdusta dan jika berjanji tidak ditepati.”

Allah s.w.t berfirman dalam surah As-Saf, “Sungguh besar dosanya di sisi Allah jika kamu berbicara apa yang tidak kamu lakukan.” Ada kalanya, orang tua memang tidak marah menghadapi ´kenakalan´ anaknya, tetapi menggunakan cara berbohong. Hal ini sama-sama berkesan buruk. Sering kita dengar ibu bapa melarang anaknya dengan berbohong, “Hei, jangan bising, nanti hantu datang, baru tahu!” Hal ini akan membuatkan anak menjadi penakut dan sekali gus mengajarnya berbohong. Apabila anak bising, sebaik-baiknya kita mengalihkan perhatiannya dengan mengajak bermain atau membacakannya cerita-cerita yang bermanfaat.

SIKAP LEMBUT
Sikap lembut kadang-kadang amat sukar dipertahankan oleh ibu bapa. Anak-anak kecil umumnya melakukan perbuatan-perbuatan yang dalam pandangan orang dewasa adalah ´nakal.´ Namun, ada fakta penting yang harus difahami oleh orang tua, iaitu sesungguhnya, anak-anak kecil tidak pernah bermaksud untuk berbuat nakal. Dia bahkan tidak memahami konsep nakal itu sendiri. Apa pun yang dia lakukan adalah sesuai dengan kemampuan nalurinya pada ketika itu. Apabila dia menumpahkan susu di atas permaidani, itu bukanlah kesengajaan kerana ingin membuat anda sibuk mencuci permaidani, tetapi kerana keseimbangan ataukeadaan tangannya yang belum stabil.

Apabila dia merosakkan mainannya, itu lebih kepada sifat ingin tahunya. Apabila dia bermain-main dengan pasu kristal kesayangan anda dan akhirnya pecah, itu bukanlah kerana sengaja ingin membuatkan anda marah. Bagi kanak-kanak kecil, bermain adalah proses belajar. Dia akan belajar memahami bahawa barang kaca akan pecah apabila dihempas atau dibaling ke lantai.

Rasulullah s.a.w bersabda; “Kegemaran, permainan dan kelincahan gerak seorang anak pada waktu kecil, akan mempertajamkan pemikirannya ketika dewasa.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Imam Al-Ghazali menjelaskan dalam Ihya ´Ulumuddin, bahagian V, bab Mengubati Penyakit Hati, “Hendaknya anak-anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya, dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri dari keadaan sesak itu.”

Menurut Ma´ruf Zurayk, pensyarah Pendidikan dan Psikologi Universiti Darul Mukminin Damascus, menjelaskan, “Pendidikan anak yang dilakukan dengan bentuk yang keras dan kaku mengakibatkan perasaan tertekan, hancurnya keperibadian, dan tidak adanya kesempatan untuk mengungkapkan keperibadian anak. Inilah hal-hal yang menyebabkan anak menggunakan aspek kebohongan sebagai sarana, yang dengan jalan itu, dia memperoleh tempat yang dianggap baik dan dikagumi bagi kedua ibu bapanya.”

Menurut Zurayk lagi, “Kadang-kadang anak juga berbohong kerana takut hukuman yang dijatuhkan kepadanya atau hanya kerana sekadar kesenangan yang timbul dari sikap menentang terhadap kekuasaan yang keras orang tuanya.”
Matthew McKay telah menghabiskan waktu dua tahun untuk mengkaji perilaku marah orang tua dan kesannya terhadap kanak-kanak. Dia menemukan bahawa 2/3 ibu bapa (daripada 285 orang tua yang dikaji) mengungkapkan rasa marah kepada anak dengan berteriak dan membentak – sekitar lima kali seminggu. Ini bermakna, hampir setiap hari anak-anak menerima bentakan daripada ibu bapanya. Menurut McKay, “Apabila anda membentak anak hampir setiap hari, hati anak akan terluka. Apabila hanya sekali seminggu atau sekali sebulan, anak tidak akan merasakan adanya serangan psikologi terhadap dirinya.”

Daripada anda menghabiskan tenaga untuk marah dan akan meninggalkan kesan negatif pada psikologi anak, lebih baik anda melakukan perbuatan preventif, misalnya, jangan meletakkan barang mudah pecah di tempat yang terjangkau oleh anak. Atau, selagi anak masih kecil, anda tidak perlu memasang permaidani atau permadani mahal di lantai yang memerlukan tenaga tambahan untuk membersihkannya.

Sebaiknya pula, ibu bapa menghindari kata-kata yang bersifat larangan. Pertama, anak sukar menentukan alternatif atau pilihan tindakan. Misalnya, ketika ia menjerit-jerit, kita akan membentak, “Syyyy, diam, jangan menjerittttt!!!!!!”
Lantas, dia akan melakukan aktiviti lain, seperti memukul meja. Apabila kembali kita melarangnya, anak akan bingung, “Apa yang harus aku lakukan? Ini jangan, itu jangan. Yang mana yang boleh?”

Kedua, larangan (lebih-lebih lagi yang disertai bentakan dan marah) akan membuatkan anak kehilangan kreativitinya. Adalah naïf apabila orang tua melarang anak merosakkan mainannya yang hanya berharga sepuluh ringgit tetapi menebusnya dengan kematian kreativiti yang merupakan bekalan utama anak untuk kehidupan pada masa hadapan.

Tulisan ini akan penulis akhiri dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Setiap di antara kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawapan atas apa yang dipimpin.” Ayah dan ibu adalah pemimpin anak-anak dan kemudian hari Allah s.w.t akan meminta pertanggungjawapan atas apa yang telah mereka lakukan terhadap anak-anak mereka. Lantaran itu, bersikaplah secara jujur dan lembut terhadap anak-anak anda. Wallahua´lam.

sumber :penasufi

Thursday, May 10, 2012

Jenis-jenis PLASTIK dan yang mana selamat untuk penggunaan anak-anak kita

Kod-kod ni selalu anda boleh jumpa kat botol-botol plastik. Contohnya botol air mineral atau minuman lain yg anda beli, bekas-bekas plastik yg digunakan dirumah, bekas tau fu fa yang anda beli kat pasar malam malahan kat botol susu anak anda. Perasan kan? Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:


1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga


Apa pentingnya kita ada pengetahuan tentang kod-kod ini? Ini la yg saya kongsi hari ni. Secara ringkasnya bahan-bahan tersebut adalah:-


1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic


JENIS PERTAMA
Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA
PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.


JENIS KEEMPAT
Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA
Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM
Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.


JENIS KETUJUH
Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile

2. ABS - acrylonitrile butadience styrene

3. PC - polycarbonate

4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.


Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat yang dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

Jadi, ibu2, mama2, ummi2 dan mummy2...mulai saat ini sama2lah kita buka mata besar2 sket utk perhatikan kod2 yg tertera demi utk kebaikan keluarga kita bersama. Apa yang penting:-


* Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6, dan 7(PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!

* Adalah selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)

* Sebaiknya ,pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.

* Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

* Elakkan memanaskan makanan yang disimpan didalam plastik, khususnya pada microwave oven, bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di dalam microwave oven.

* Elakkan menggunakan plastik untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. Cubalah untuk menggunakan bekas kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan.


* Elakkan penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunalah alat makan stainless steel, kaca, ceramic atau kayu

Sunday, May 6, 2012

Tips Agar Cloth Diapers Tahan Lama

Katanya menggunakan Cloth Diapers itu menjimatkan. Katanya juga Cloth Diapers (terutama jenis “One-Size”) boleh digunakan dari bayi baru lahir sehinggalah 3 tahun. Kemudian, boleh pula digunakan untuk anak-anak kita yang seterusnya.Adakah ini benar?

Sebenarnya kita perlu ikutkan logik juga. Contohnya, jika kita hanya mempunyai beberapa helai Cloth Diapers, tidak menjaganya dengan betul, jangan terlalu berharap agar ianya tahan sebegitu lama.

Di sini saya akan mengutarakan tips untuk mengekalkan kualiti dan jangka hayat Cloth Diapers anda.

Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?

LAKUKAN LAH YANG BERIKUT:

  • Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak, bukan?
  • Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Walaubagaimanapun velcro adalah lebih mudah diganti berbanding snap button .Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.
  • Jaga lah Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan meungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.
  • Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  • Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.
  • Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidai kan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
  • Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiber kerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
  • Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.
  • Jika menggunakan Cloth Diapers jenis Velcro, sematkan Velcro pada “laundry tab” sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.
  • Jemurlah Cloth Diapers di bawah matahari – jimat masa, elektrik dan juga sesuai untuk mengekalkan kualiti nya!

JANGAN PULA LAKUKAN YANG BERIKUT!

  • Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
  • Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
  • Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  • Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
  • Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyababkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).

Cloth Diapers itu suatu pelaburan (investment), bukan? Setelah menelaah, melakukan kaji selidik, dan melakukan proses pembelian, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari wang yang kita laburkan pada Cloth Diapers, betul tak?

Namun begitu, kita juga perlu realistik dan tidak boleh beranggapan bahawa Cloth Diapers yang kita beli itu boleh tahan sampai beberapa tahun…

Saya berharap tips yang saya utarakan ini boleh dijadikan rujukan untuk anda untuk ber-Cloth Diaper dengan bijak dan pintar! :)

PERSOALAN: Berapa lama sudah anda menggunakan Cloth Diapers anda, dan adakah kualitinya tetap sama seperti baru? Bagaimana cara anda menjaga kualiti Cloth Diapers anda?



info:credit to Puan Sarah

CARA BASUH Clothdiapers


Cara membasuh Cloth Diaper  adalah mengikut kesesuaian & cara mana yang mudah pada diri masing-masing.
Cuma, dibawah ini adalah cara saya membasuh cloth diaper..
Ada macam-macam cara basuh cloth diaper..terpulang pada ibu2 nak guna cara yang mana
Sabun pun ada macam-macam jenis, terpulang la pada ibu-ibu nak gunakan yang mana, ikut kemampuan dna ikut kesesuaian bayi..






Apabila baru sahaja membeli cloth diaper, apa yang perlu anda buat??


Bila anda dapat sahaja CD anda,
silalah basuh dahulu cloth diaper anda sekurang-kurangnya 3 kali prewash sebelum pertama kali hendak digunakan.
Harus anda ingat, semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elak leaking. (kebocoran )
Bila dah banyak kali basuh nanti, Insyallah prestasi CD akan akan bertambah baik.
Untuk pre-wash, memadai anda menggunakan air biasa tanpa sabun.








Gambar menunjukkan contoh sabun yang anda boleh guna
untuk membasuh cloth diaper anak anda..senarai lengkap sabun, boleh baca disini

Sabun PUREEN HAD yang serbuk atau liquid dua-dua bleh guna

Ramai juga ibu-ibu yang gunakan sabun KIDDIE WASH COSWAY...boleh beli kat stokis cosway terdekat..kebanyakan yang guna sabun ni mengatakan sesuai untuk kulit bayi mereka




Jika nak basuh CD yg basah disebabkan baby anda  kencing ,  bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan

(berus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti berserabut CD anda jadinya) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa.
Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitannya agar tdk rosak).


Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme
(contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitive.
Contoh, Boleh guna sabun Pureen Had sbb sesuai utk kulit bayi & yg penting tiada enzim pewangi/pemutih atau boleh juga gunakan sabaun NappiKleen.
Ada banyak lagi jenama sabun yang lain. Anda boleh dapatkan di Guardian atau Farmasi yang terdekat

AMARAN:


JANGAN sesekali anda masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper.


Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada.
Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.


Kpd anda yang baru nak mula gunakan CD ni, jangan rendam CD anda tu jika belum tiba masa anda nak membasuh.
Ini kerana CD itu bertujuan menampung air dr pee pee anak anda sahaja, bukan menampung selain dr itu.
Di bimbangi jika anda rendam terlalu lama, akan ada bau hancing pada CD anda 

info :Puan Sarah

ISLAMIC SOFTbook -RM35 JE !!

Langkah awal untuk memperkenalkan dan memupuk cintakan ilmu untuk anak-anak.
Dapatkan Islamic Soft Book yang boleh jadi bantal, boleh dicuci, tidak mudah koyak Untuk Anak Kesayangan Anda

Islamic Soft Book
Material : made using high quality soft fiber material.
Size: 16.5cm x 16.5cm (approximately)

Senarai Tajuk Islamic Soft Book:

1.From Alif to Ya (Bahasa: Melayu, English Arabic)
2.Assalamualaikum-(Bahasa English )
3.Assalamualaikum-(Bahasa Melayu )
4.Its prayer time (Bahasa English )
5.Waktu Solat -(Bahasa Melayu )
6.My Today's Prayer (Bahasa English )

ok, cara nak bayar pula..senang je..

Harga : RM35.00/unit

BABYLAND - RM25 sahaja!!

CLICK gambar di atas untuk lihat dengan leih jelas
Ini sahaja 13 design yang ada dalam stok kami ya..Cepat order sebelum stok habis !! 
Selalunya design baru sampai memang cepat SOLD OUT ye...Jadi, cepat2 la order




Harga seunit cloth diaper RM25 perunit
Beli 6 unit dan keatas, RM22 perunit
KOS POS LAJU CLOTH DIAPER KE SEMENANJUNG MALAYSIA
1-5 unit-RM6
6-12 unit RM10
12unit-20unit-RM15
KOS POSLAJU KE SABAH/SARAWAK
1-5 unit-RM9
6-12 unit RM12
12unit-20unit-RM17